Nekad Bantu Bapa, “Memang Ada Yang Pandang Rendah…”- Anak Remaja Ini Tetap Teruskan Jaga Lembu


 Mungkin kerana terbiasa dari kecil bergelumang di kandang lembu membuatkan remaja perempuan berusia 18 tahun ini tidak sibuk berhias mencantikkan diri seperti gadis-gadis seusianya. Apatah lagi sebagai anak sulung, dibahunya penuh dengan tanggungjawab untuk membantu keluarga.

Boleh dikatakan rutin harian Nor Farisya Azhar sepanjang hari hanya diluangkan untuk menjaga dan menguruskan lebih 200 lembu baka Brahman dan Kacuk Kelantan di kandang milik bapanya, Azhar Che Abdullah, 53, di Kampung Tebing Tinggi, Kemumin, Kelantan.

“Memang ada yang memandang rendah dan berkata sinis apabila mengetahui saya menjaga lembu dan tidak kurang yang terkejut kerana biasanya kerja itu dilakukan orang lelaki.

“Bagaimanapun, ini memang minat saya dan tidak kisah langsung jika tidak dapat berhias cantik atau melaram seperti gadis lain disebabkan ia bukan kesukaan saya,” katanya ringkas.

Menjelang musim perayaan terutama Aidiladha, kandang seluas 4.8 hektar itu akan memuatkan lebih 1,000 lembu dari kedua-dua baka yang dibeli dari Thailand serta Myanmar sebelum dijual kepada pembeli.

Nor Farisya yang juga pelajar sebuah pondok di Tumpat berkata, dia berhasrat untuk meneruskan legasi bapanya dalam ternakan lembu, malah kini berupaya menjalankan urusan niaga bermula daripada proses import sehingga kepada pengguna akhir.

“Sebagai anak sulung, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu bapa dan walaupun saya seorang perempuan, itu tidak menjadi halangan untuk terbabit dalam bidang ini,” katanya.

Berkongsi pengalamannya lagi sebagaimana memetik laporan di Harian Metro, siapa sangka dia pernah mengalami beberapa insiden disondol lembu. Pun begitu ia tidak mematahkan semangatnya, malah memberitahu ada cara khusus untuk menjinakkan binatang peliharaan itu.

 “Lembu yang menjadi kesayangan saya ialah Boboi (baka Brahman) yang sentiasa manja walaupun fizikalnya besar dengan berat sekitar 800 kilogram (kg).

“Boboi sudah dipelihara hampir lapan bulan dan kami bakal berpisah tidak lama lagi kerana ia sudah ditempah oleh pembeli untuk korban,” ceritanya lagi berkongsi pengalaman.

Sumber Keluarga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak MyTeam Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post