Kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya
cukup perit untuk diterima. Apatah lagi pemergiannya secara drastik, membuatkan
hati menjadi rawan. Kepiluan usah ditanya, hnaya Tuhan yang tahu perasaan itu.
Bagi Farhana Johari, kembalinya allahyarham suami,
Zakaria Bin Ismail kerahmatullah ibarat separuh jiwanya pergi. Rindu
yang tiada berperhujung, yang hanya mampu kini adalah dititipkan doa buat arwah
suaminya.
Arwah Zakaria meninggal dunia akibat denggi. Ikuti
luahan hati Farhana Johari usai pemergian suaminya. Cukup sebak apabila
membacanya. Semoga Farhana tabah menghadapi dugaan ini dan kuat demi anak-anak
tersayang.
Al-Fatihah ayah… Cukuplah hari ini hari jumaat 3
minggu ayah meninggalkan dunia yang hanya sementara ini… Tadi Haqimi masa
sebelum tido ada tanya ‘Nape ayah atit’? ??
Ibu selalu tanya Haqimi ‘Haqimi rindu ayah tak’ rindu katanye.
“Mungkin sebab terlalu lama dia tak jumpa ayah
kan..sbb tu dia tertanya-tanya mana ayah ni.. Sebelum ni paling lama kalau ayah
keluar kerja 2,3 hari je tak balik rumah..lepas tu selalu bawak kami
jalan-jalan.
“Mungkin dia tertunggu-tunggu nak ayah bawak dia
jalan-jalan lagi.. Sabar lah Haqimi..Allah lebih sayangkan ayah ?❤
sebelum tidur tadi ibu mintak dia ikut ibu baca al-fatihah..sedekahkan untuk
ayah ❤❤ insyaAllah Haqimi anak yang baik ?❤
Ibu selimutkan anak-anak malam ni dengan alas tilam tempat jenazah ayah
dibaringkan..semoga terubat rindu diorang kat ayah ?❤
Menceritakan detik-detik awal arwah suaminya
menghidap denggi, ujar Farhana arwah mula demam pada 10 Januari yang lalu.
Walaupun dalam keadaan yang tidka sihat, arwah suaminya masih melayan mereka
anak beranak keluar makan dan esoknya itu barulah dia ke klinik untuk mengambil
ubat.
‘Namun pihak klinik memberi surat supaya terus ke
hospital. Waktu itu arwah ada cakap tak larat nak memandu ke hospital. saya
pula tidak pandai memandu. Tetapi pulang dari klinik arwah ada makan ubat dan
nampak macam ok.
Pagi 12 hari bulan, arwah ada buat grab seawal jam
4.30 pagi. Kami anak-beranak ada menghantar arwah sehingga ke muka pintu.
rupanya itulah lambaian terakhir kami buat arwah.
Lebih kurang pukul 2.00 petang saya mendapat
pesanan whattapps dari suami yang memberitahu dia berada di hospital Sungai
Buloh di unit kecemasan. Selepas darahnya di ambil, arwah terus dimasukkan ke
wad dan malamnya terus ke ICU.
Tengahari khamis 17 januari 2019
Waktu melawat ibu datang tengok ayah di ward
icu..staffnurse beritahu yang tekanan darah ayah semakin menurun..keadaan ayah
sangat kritikal..
Doc memberikan kebenaran kepada ahli keluarga dan
rakan2 melawat utk kali terakhir tanpa perlu mengikut waktu melawat hospital..
Ibu maklumkan kepada semua..beritahu kepada mereka
yang tiada harapan..harapan sangat tipis..keadaan ayah sangat tenat ketika
itu..
Mereka datang dan menunggu giliran untuk berjumpa
ayah untuk kali terakhirnya..ketika itu hanya dibenarkan 2 orang sahaja secara
bergilir2 masuk untuk melawat ayah…dari petang hingga ke malam mereka menunggu
di luar icu..
Ibu pula perlu naik ke ward kanak2 kerana risau
haqimi sudah terjaga dari tidonya atau belum..risau sebab terpaksa tinggalnya
seorang tapi ibu sudah pesan staffnurse..jika ada apa2 call ibu..
Keadaan haziq pulak..mak dgn azhan (adik) beritahu yang badannya mula panas dari pagi dan ada muntah…mintak mira (adik ipar) tolong bawakkn dia ke kecemasan..ibu risau jika keadaannya sama dengan abangnya haqimi..lama mereka di kecemasan..kerana ramai orang ketika itu..ya masa itu memang banyak kes denggi..
Selepas bacaan darah haziq keluar..ya dia juga positif denggi..Ya Allah perasaan ibu ketika itu tak tahu macam mana mahu digambarkan ayah…sudah jatuh terduduk ditimpa tangga..terlalu berat ujian yang Allah bagi untuk ibu hadapinya..
Azhan pula ambil giliran menunggu haqimi di ward..mira dengan mak di ward pemerhatian di kecemasan menunggu haziq untuk dapatkan katil di ward..ibu bersama ayah..ibu sentiasa disisi ayah..doc beritahu dia memberikan kebenaran untuk haqimi dan haziq bersama ayah untuk kali terakhir..
Staffnurse dari ward kanak2 bawak turun haqimi ke icu..ibu
pulak perlu sendiri ke kecemasan untuk membawak haziq naik ke icu jugak..
Ayah tahu tak, ibu berlari ke kecemasan..jauhnya tu..lenguh
dan sakit rasanya kaki..ibu risau tak sempat..dalam hati ibu berdoa semoga ayah
tunggu kami sampai, berdoa semoga Allah jangan ambik ayah lagi dari kami..
Dari kecemasan ibu berlari lagi sambil dukung haziq..mira dgn mak ibu tinggalkan mereka..sesampai saja di icu..haqimi sudah ada disana.
Tidak lama kemudian aniq pon sampai dengan ustaz tahfiznya..terkejut dia ayah menangis dia menlihat ayah terbaring di atas katil tidak sedarkan diri..
Sudah hampir tengah malam kami semua bersama ayah..setia disisi ayah..kami bergilir2 bacakan ditelinga ayah khalimah syahadah..bacakan yassin serta surah al-mulk..ustaz tahfiz aniq pun ada bacakan doa untuk ayah dan kami semua disitu mengaminkannya..Ibu bisikkn ditelinga ayah..ibu tak nak tengok ayah menderita menahan sakit..pergilah ayah..ibu redha..ibu akan jaga anak2 kita..ibu mintak halal semuanya selama kita hidup bersama..maafkan segala kesalahan ibu..
Ayah pulak jangan risau ibu sudah lama maafkan ayah..sudah halalkan dan tak ambik hati bila kita bergaduh sebelum2 ni..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isteri..
Tekanan darah ayah semakin menurun..tapi masih bertahan..jam menunjukkan tengah malam sudah masuk hari baru 18januari2019..tiba2 dada ayah tidak berombak lagi..senyap saja..bacaan tekanan darah ayah jugak sudah tiada..
Doc buat pemeriksaan untuk pastikan keadaan ayah..ya ibu saksikan semua itu…ibu duduk dgn anak2 bersandar pada dinding xberdaya nak bangun ayah..
Doc datang dekat ibu dan cakap ‘puan, saya mintak maaf..suami puan sudah meninggal dunia..
Ya Allah..hilang sudah tempat bergantung…tempat
mengadu..tempat bermanja..teman suka dan duka..segala masalah kita kongsi
bersama..susah senang kita harunginya bersama..
Tapi ibu perlu kuat..anak2 kita masih kecil..kesian mereka
kalau ibu ikutkan perasaan ibu…
Anak2 kita ibu terpaksa tinggalkan di ward dengan azhan dan
farhani (sepupu) haziq sudah dapat katil di ward..ibu awal2 lagi sudah mintak
jasa baik doc untuk mereka dapat katil sebelah menyebelah..
Setelah selesai jenazah ayah dihantar ke bahagian forensik.
Tiba di rumah dalam pukol 4.00pagi..ibu sentiasa disisi ayah..tido keletihan disisi jenazah ayah..tido tepi ayah untuk terakhir kalinya..
Jenazah ayah akan disembayangkan disurau berdekatan..dan selepas itu akan dibawa terus ke tanah perkuburan..
Ibu sudah siap2 mahu mengikut hantar jenazah ayah ke kubur tapi ustaz beritahu tak boleh sebab ibu sudah dalam keadaan iddah..ibu terpaksa merelakan jenazah ayah dibawa pergi..
Ibu berdoa semoga semua urusan pengembumian jenazah ayah ketika itu
dipermudahkan..
Kadang2 ibu rasa semua ini mimpi..bangun dari tido tercari2 ayah
disebelah..menunggu ayah balik dari kerja tapi tidak kunjung tiba..
Rindu ini terlalu sakit ayah..hanya doa al-fatihah yassin sahaja dapat ibu
kirimkan untuk ayah di sana..
Rehat lah ayah…rehat dengan tenang ❤❤ Al-Fatihah
Zakaria bin Ismail
Hargai lah setiap pasangan masing-masing. Kita tak tahu kita
atau pasangan yang mana akan pergi dahulu. Cipta lah sebanyak mana kenangan
semasa hayat masih dikandung badan.
Dalam pada itu, Farhana turut menitipkan nasihat dalam membasmi denggi supaya tidak ada yang mengalami nasib yang sama sepertinya… Kehilangan insan tersayang akibat denggi.
Demam denggi adalah penyebab arwah meninggal..masyarakat jgk
patut berkerjasama dgn pihak berwajib untuk menangani hal ini..kene ambik
kesedaran untuk membersihkan kawasan sekeliling.. Jika xnak kehilangan org
tersayang..kita semua perlu lakukan tanggungjawab menjaga kebersihan untuk
mengelakkan pembiakan nyamuk aedes
Semburan
fogging bukan penyelesaiannya untuk mengurangkan kes demam denggi. Aktiviti semburan
ini merupakan langkah pencegahan yang terakhir bagi membunuh nyamuk aedes
dewasa dan bukannya langkah paling utama. Walaupun cara ini berjaya membasmi
dan mengurangkan populasi nyamuk dewasa, ianya hanya berkesan untuk jangka masa
pendek sahaja..
Hal ini
berlaku di kawasan perumahan yang baru kami pindah sewa di situ..baru 4bulan
kami menyewa..pengawai penyiasatan kesihatan daerah gombak jgk telah melawat ke
rumah sewa kami..katenya sekeliling rumah kami tak ada masalah..yg bermasalah
adalah kawasan persekitan perumahan tersebut..
Jadi ini semua adalah tanggungjawab kita semua sebagai masyarakat perlu mnjaga dan memastikan tiada tempat yg membolehkan nyamuk aedes membiak..
Sumber IG farhanajohari
Apa Pendapat
Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak MyTeam Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.