Orangnya cantik
dan bijak, itu gambaran terbaik buat seorang Pegawai Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM), Leftenan Madya Puteri Shazwani Megat Ahmad Shariman yang
menjadi pegawai wanita TLDM pertama miliki kepakaran musnah peluru dan bahan
letupan pada 2021.
Kisah kejayaan
tersebut kembali tular di Twitter @jiwabaik yang memetik
catatan daripada Facebook Dr. Zulkifli Hussain, memaklumkan anak
jati Kuala Lumpur yang membesar di Ipoh, Perak itu mengakui perlu cepat
menyesuaikan diri dan bersedia untuk berdepan dengan sebarang situasi.
Puteri Shazwani
ketika ditanya oleh Dr. Zulkifli ketika itu berkata, peranan wanita dalam
bidang ketenteraan adalah sama penting walaupun dalam bidang yang majoritinya
dipelopori oleh golongan lelaki.
"Jadi golongan
wanita pun boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki sekiranya mereka ada
kelebihan itu," katanya.
Mengulas lanjut
tentang laluan kerjayanya, Puteri Shazwani berkata dia sukakan cabaran dan
ingin mencuba sesuatu yang baharu bagi menguji kemampuan diri.
Oleh itu, bidang
ketenteraan yang diceburinya itu membuka banyak peluang kepada cabaran dan
mengasahkan bakat di dalam dirinya.
Sedikit info
tentang Puteri Shazwani, anak kedua daripada lima beradik itu mendapat
pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Ipoh, kemudian ke Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Ipoh dan menamatkan pelajaran di
Maktab Rendah Sekolah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak pada 2012.
Kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan sebelum diserap sebagai Pegawai Kadet Laut di universiti tersebut.
Setelah ditauliahkan dan dikurniakan pangkat
Leftenan Muda TLDM pada 2019, Puteri Shazwani berkhidmat di Markas Tentera
Laut, Bahagian Material pada 2021, selain menghadiri Kursus Pegawai
Kejuruteraan Peluru selama lapan bulan di Kem Mempaga, Bentong sebelum
diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana di Depot Peluru dan Bahan Letupan Wilayah
Laut 1.
Sumber
Majoriti
Apa Pendapat
Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak MyTeam Network tidak
bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini.
Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang
disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.