Tidak seperti
kebanyakan kaum Hawa yang sukar kehadiran wanita lain sebagai isteri baharu
suam, wanita dikenali sebagai Chinta Arjuna, 37, menjadi perhatian warga maya.
Kini bahagia dalam
perkahwinan poligami, wanita tersebut mengimbas kembali detik awal kehadiran
madu yang dipinangnya sendiri.
Dia yang melamar
isteri baharu buat suaminya rela hati mengizinkan suami berkahwin lain pada
tarikh ulang tahun perkahwinan mereka ke-10 yang juga jatuh pada ulang tahun
kelahiran lelaki itu.
Rumah tangga dibina
selama sedekad dan masih belum dikurniakan zuriat, namun ia bukanlah alasan
utama Chinta Arjuna merelakan diri dimadukan.
“Dia
(madu) merupakan individu yang saya kenal kerana kami tinggal di kawasan
perumahan sama.
“Semenjak
dia bergelar janda, bermacam-macam fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya.
“Jadi
untuk menjaga maruah, saya sendiri bertanya sama ada awak nak tak berkahwin
dengan suami saya?” katanya dalam temu ramah.
Wanita hebat ini
menegaskan benar-benar ikhlas untuk menerima wanita berstatus janda anak dua
itu sebagai madu kerana mahu membantu ‘memuliakan’ dan menjaga maruahnya.
“Alhamdulillah,
ALLAH permudahkan niat saya untuk membantu dia (madu). Dia dan suami pun
bersetuju untuk meneruskan kehidupan berpoligami.
“Pada
tarikh 19 Mei lalu, saya telah menyarungkan cincin pertunangan pada jari manis
si madu dan kami juga berbincang serta bersetuju untuk berkongsi tarikh
perkahwinan sama iaitu pada 28 Jun yang mana ia merupakan hari ulang tahun
suami,” katanya.
Pada masa sama,
Chinta Arjuna memberitahu bahawa dia reda dengan segala ketentuan Ilahi andai
perkahwinan berusia 10 tahun itu berakhir dengan penceraian.
Ujarnya, dia
sentiasa berdoa agar keputusan dalam membenarkan suami untuk bernikah lain
adalah yang terbaik kerana niat utama bukanlah kerana zuriat.
“Walaupun ada yang
kata perbuatan ini gila kerana sanggup berkongsi kasih tetapi tidak bagi saya
kerana ALLAH yang menggerakkan perasaan itu dan saya yakin itu merupakan satu
keputusan tepat,” katanya.
Menerusi laman
sosial, Chinta turut berkongsi foto perkahwinan kedua suaminya yang memaparkan
mereka bertiga di pelamin.
Warga maya memuji
keluhuran cinta wanita ini dan mendoakan kebahagiaan akan sentiasa
mengiringinya.
–
“Alhamdulillah hebat kakak, semoga bahagia bersama suami dan madu. Saya pun dah
12 tahun dalam poligami.”
–
“Kedua-dua isteri seperti bidadari. Vibes yang sangat tenang penuh. Poligami
yang btul dan diredai ALLAH.”
–
“Kuatnya puan, saya doakan semoga bahagia dunia akhirat dan dikurniakan syurga.
Tinggi kesabaran.”
–
“Bukan semua wanita hebat seperti awak. Alhmdulillah, teruskan jika itu yang
terbaik.”
Sumber SH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen,
Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak MyTeam Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang
diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik
akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik
akaun itu sendiri.