Goodies Kenduri Paling Rare Wanita Ini Dapat, Pelik Ingat Suami Bawa Balik Pinggan Kenduri, Rupanya…


Sudah menjadi tradisi apabila tuan rumah untuk raja sehari akan sediakan cenderahati atau goodies kepada para tetamu. Pelbagai jenis cenderahati diberikan kepada tetamu sebagai tanda kenang-kenangan mereka.

Tapi kalau pergi ke serata negeri Malaysia, banyak cenderahati yang pelik dan dapat goodies kenduri paling rare mengikut adat atau negeri masing masing.

Seperti video tular yang dikongsikan di media sosial, seorang wanita bernama nadnadianiza, menceritakan suaminya membawa pulang goodies yang paling rare dan jarang dijumpai orang ramai. Beliau mengatakan bahawa dia tidak dapat hadir ke kenduri tersebut kerana anaknya mengantuk untuk tidur.

Setelah suaminya membawa pulang, beliau amat terkejut kerana ingat suaminya seorang yang tidak ‘malu’ untuk membawa pulang nasi kenduri dan bungkus untuk diberikan kepadanya.

Suaminya menerangkan bahawa ini adalah hadiah cenderahati daripada tuan rumah. Beliau pula apabila membuka cenderahati tersebut, alangkah terkejutnya apabila melihat ada Nasi Minyak dan Daging Goreng Kunyit beralaskan pinggan kaca.

Beliau juga memikirkan, satu kerja pula dia untuk membasuh pinggan tersebut dan memberi kembali kepada tuan rumah tersebut. Suami beliau menegaskan bahawa mereka tidak perlu berbuat demikian kerana ini adalah tradisi dan adat tuan rumah untuk memberi cenderahati tersebut.

Mendengar penjelasan suaminya, wanita tersebut seperti tidak percaya. Mungkin dia tidak biasa melihat perkara ini berlaku di dalam kehidupannya dan teruja dengan ilmu dan pengalaman baharu yang dihadapinya ini.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post