Resepi Kuih Butir Nangka Warna-Warni, Hanya Beberapa Langkah Mudah & Siap!


 Kuih Butir Nangka ini juga dikenali sebagai bubur biji nangka. Ianya adalah sejenis kuih yang berkuah dan enak dinikmati ketika masih panas atau pun suam. Kuih ini mempunyai rasa manis yang tidak keterlaluan berserta aroma pandan. Warna-warni pada kuih tersebut membuatkannya lebih menarik dan sedap di makan. Cara pembuatannya pun agak mudah seperti yang dikongsikan oleh Sue Shuk di Facebook.

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min

PENYEDIAAN

4 orang

HIDANGAN

KUIH BUTIR NANGKA

Kuih Butir Nangka ini juga dikenali sebagai bubur biji nangka. Ianya adalah sejenis kuih yang berkuah dan enak dinikmati ketika masih panas atau pun suam. Kuih ini mempunyai rasa manis yang tidak keterlaluan berserta aroma pandan. Warna-warni pada kuih tersebut membuatkannya lebih menarik dan sedap di makan. Cara pembuatannya pun agak mudah seperti yang dikongsikan oleh Sue Shuk di Facebook.

BAHAN-BAHAN DOH

3 cawan tepung pulut

1/2 cawan tepung gandum

Air secukupnya

Pewarna ikut cita rasa


BAHAN-BAHAN KUAH

1 kotak santan

Air secukupnya

Daun pandan

1 cawan gula atau gula melaka (ikut kemanisan sendiri)

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil biji halba


CARA PENYEDIAAN DOH

Campurkan semua bahan-bahan diatas. Uli sehingga tidak melekat di tangan.

Bahagikan doh mengikut warna kesukaan.

Kemudian bulatkan doh tersebut.

Rebuskan doh di dalam air menggelegak. Masukkan satu persatu butir nangka.

Apabila sudah timbul, angkat dan masukkan dalam air yang sejuk.


CARA PENYEDIAAN KUAH

Sediakan periuk di atas api yang perlahan. Masukkan semua bahan-bahan diatas.

Kacau rata dan mendidih masukkan butir nangka tersebut.

Biarkan mendidih dan kacau rata seketika dan boleh tutup api.


Siap dan boleh dimakan.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post