Butter Chicken, Resipi Versi Paling Mudah Dan Jimat Masa


 Kalau tak ada idea nak memasak, cubalah resipi butter chicken ini. Dikongsikan oleh Maisarah Humaira’ di laman facebook group RASA Share Resepi. Memang nampak sangat menyelerakan.

Bab memasak ni, yang paling utama adalah senang nak disediakan dan hidangan tu boleh buka selera. Butter chicken ni memang sedap dan senang. Ada rasa lemak, pedas dan masin yang jadi pelengkap pada setiap cita rasa.

BUTTER CHICKEN SIMPLE

BAHAN SALUT AYAM GORENG

Tepung Bestari pedas secukupnya

Sedikit tepung beras

Air secukupnya

Ayam secukupnya

CARA MEMBUAT AYAM GORENG

1. Masukkan Tepung Bestari dan tepung beras dalam bekas. Tuangkan air. Kacau sebati.

2. Masukkan ayam. Gaul sebati dengan tepung. Perap sejam.

3. Panaskan minyak masak. Gaul ayam dengan tepung, kemudian goreng ayam sampai masak.

BAHAN LAIN

4 sudu besar mentega

1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)

3 ulas bawang putih (dicencang)

4 biji cili padi (potong bulat)

2 tangkai daun kari

1/2 tin susu cair

1 keping keju cheddar

Garam secukup rasa

Ayam yang sudah digoreng


CARA MEMBUAT

1. Panaskan mentega. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan cili padi. Tumis lagi.

3. Masukkan daun kari.

4. Masukkan susu cair. Kacau rata.

5. Masukkan keju. Kacau lagi sampai keju cair. Biarkan mendidih. Masukkan garam.

6. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Kacau lagi sampai kuah menjadi agak pekat.

7. Sedia dihidang.

Kredit: Maisarah Humaira’

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post