Seperti yang kita sedia maklum, terdapat beberapa fasa dalam kehidupan seekor kucing – bermula daripada anak kucing, remaja, dewasa dan tua. Oleh yang demikian, walaupun semakin menginjak usia, mungkin tidak banyak tabiat kucing yang akan berubah.
Sama seperti manusia, kucing juga mempunyai tabiat dan perangai tersendiri. Jika menyentuh aspek pemberian susu misalnya, ada segelintir kucing yang tidak lagi mahukan susu setelah dewasa namun ada juga yang suka dan akan meminumnya sehinggalah berusia kelak.
Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @karissanlund, di mana kucing miliknya masih lagi gemarkan susu walaupun tidak lagi berada dalam kategori anak kucing. Menurutnya, kucingnya itu akan meminum susu menggunakan botol susu yang diberikan.
Tambah melucukan apabila kucingnya itu akan tertidur setelah menghisap susu dan pasti akan ada kesan susu pada bahagian atas mulutnya, membentuk seperti misai. Aks1nya itu tidak ubah seperti kanak-kanak yang masih menyusu botol!
sumber:EBOnline