Masak Sup Ayam Guna Rempah Homemade, Memang Sedap!

Kebiasaannya, bila kita masak sup ayam, pasti akan gunakan perencah sup ataupun sup bunjut.

Tapi menerusi perkongsian resipi daripada Suzana Othman, dia menyediakan sendiri bahan untuk buat sup ayam tanpa menggunakan rempah.

Sebenarnya, nak masak sup ni tak susah mana pun. Jom kita masak sup ayam guna rempah buatan sendiri.

SUP AYAM TANPA REMPAH SUP

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam | potong kecil & direbus empuk. Tak perlu tambah garam
(Kita suka rebus ayam terlebih dulu sebab nak jimatkan masa memasak. Sambil-sambil sediakan bahan untuk menumis, ayam pun dah empuk. Kalau korang nak skip proses ni pun tak apa. Ikut cara masing-masing ya)
1 batang serai | ketuk 
Rempah 4 sekawan
1 genggam bawang goreng
Batang daun sup | racik
Garam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

2 biji bawang besar 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 

BAHAN KISAR KERING:

1 sudu besar ketumbar biji
½ sudu besar jintan putih 
½ sudu besar jintan manis 
1 sudu kecil lada hitam 
½ sudu kecil lada putih

CARA MASAK:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan rempah 4 sekawan.

2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing.

3. Kemudian, masukkan bahan kisar kering. Tumis sebentar.

4. Masukkan ayam dan air rebusannya. Tambahkan air jika perlu.

Masukkan bawang goreng dan batang daun sup.

6. Perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam. Masak hingga mendidih, tutup api.
7. Sup ayam dah pun siap. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang.

8. Enak disaji dengan bubur nasi berlauk, mi, bihun sup atau sedap disaji bersama nasi putih. Selamat mencuba.

Kredit resipi: Suzana Othman

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post