Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw, Paling Special, Rugi Tak Cuba!


Air minuman ketika berbuka menjadi keutamaan selepas juadah utama dan juga kuih muih. Namun air yang biasa mungkin membuatkan anak-anak mudah bosan dan tidak teruja ketika berbuka. Apa kata tambahkan rasa teruja anak-anak dengan menyediakan air sedap yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini kepada anak-anak.

Menariknya bandung dengan gabungan laici dan cincau ini tidak ditambah dengan air walau sedikit pun, memang kaw-kaw. Terbaik! Nak rasa macam mana enaknya laici dan cincau ini jom kita cuba!

Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw, Paling Special, Rugi Tak Cuba!
Yerlah, mana tak sedap bila bahan-bahan cukup dan air kosong langsung tak letak. Harapkan daripada air laici, air dari ais mencair. Sukatan ni Ben buat untuk 2 jug saiz ni. Akak boleh bahagi dua jika perlu.

1 tin laici
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 sudu makan kacang tanah tumbuk
3 1/2 sudu makan sirap cap rose
1 sudu makan biji selasih
5-6 biji kurma merah
50-60 gram cincau hitam

Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw, Paling Special, Rugi Tak Cuba!

Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.

Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw, Paling Special, Rugi Tak Cuba!Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.

sumber.pa n ma

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post