Senangnya Buat Dodol Homemade. Cuma 4 Bahan, Siap Dalam 45 Minit!
Dodol adalah salah satu makanan tradisi yang cukup digemari ramai. Memang best makan dodol yang kenyal, manis, dan lembut. Ada juga yang berperisa durian, pandan, coklat, dan sebagainya.
Selama ini mungkin ada antara kita yang ingatkan cara buat dodol agak payah. Sampai ada yang terbayang orang mengacau kawah sambil berpeluh-peluh, betul tak? Tapi sebenarnya, ia bukanlah sesukar yang anda sangkakan. Kalau buat dalam kuantiti yang kecil dan sekadar untuk dimakan sendiri, ianya sangat mudah.
Kali ini, Puan Noraziah Yazid akan berkongsikan cara buat dodol homemade yang begitu ringkas. Hanya menggunakan 4 bahan asas iaitu santan, gula merah, gula pasir, dan tepung pulut. Boleh siap dalam 45 minit saja!
CARA BUAT DODOL HOMEMADE YANG SIMPLE
Berikut adalah resepi yang sangat mudah untuk anda cuba.
BAHAN-BAHAN
2 cawan santan pekat
2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
sedikit garam
daun pandan
CARA-CARA
1. MASAK GULA
Pertama sekali, masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cawan air.
Kalau nak wangi, masukkan daun pandan sekali. Kacau hingga larut dan tapiskan.
2. BANCUHKAN SANTAN BERSAMA TEPUNG PULUT
Dalam satu bekas lain, bancuhkan santan bersama tepung pulut. Kemudian, tapiskan.
3. CAMPURKAN SEMUA BAHAN
Campurkan kedua-dua bahan campuran (gula dan tepung) ke dalam kuali. Tambahkan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak.
4. KACAU HINGGA MASAK
Seterusnya, masak di atas api dan pastikan ia sentiasa dikacau sampai pekat. Lebih kurang dalam 45 minit.
5. SIAP!
Kalau dah kenyal, maksudnya ia dah masak. Warnanya juga akan bertukar gelap. Bila siap, bolehlah terus masukkan ke dalam bekas tupperware atau loyang.
Kalau nak mudah dipotong, sejukkan terlebih dulu.
cara buat dodol
MUDAH, BUKAN?
Siapa kata susah nak buat dodol. Kena cuba baru tahu betapa simplenya cara buat dodol yang dikongsikan ini.
Kalau kreatif, bolehlah tambah bahan lain atau perasa yang disukai. Mesti special kalau hidangkan dodol hasil air tangan sendiri di Hari Raya nanti.
*Cara buat dodol ini merupakan perkongsian asal Puan Noraziah Yazid melalui Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.
sumber ;vanila kismis
Post a Comment