Resepi Bubur Kacang Merah Manis, Menu Minum Petang Paling Sedap


Bosan juga kan asal minum petang je kuih. Asal kuih je hidangan masa minum petang. Apa kata sesekali tukarlah menu lain sikit.

Untuk kali ni, sis Yana nak share sikit resepi bubur paling ohsem, paling sedap dan paling paling yang lain untuk menu minum petang korang.

Resepi ni sis Yana dapat daripada sharing En Kesavan Supramaniam kita. En Kesavan ni memang hebat betul di dapur. Sis Yana suka baca sharing dia sebab resepi yang dia kongsi semua unik dan senang nak masak.

Bahan-bahan:
1 cawan kacang merah ~ rendam hingga kembang, kemudian cuci bersih toskan
air secukupnya untuk rebus kacang
½ cawan sagu. Cuci bersih dan toskan (kalau suka boleh kurangkan untuk tak nak pekat)
1 buku gula Melaka
1 cawan gula pasir. Ikut citarasa, kalau tak suka manis kurangkan
1 cawan santan
1 helai daun pandan disimpul
secubit garam
Bahan Pati Santan
1 cawan santan pekat
secubit garam
Cara penyediaan:

Kacang direndam sampai kembang sekurangnya 4 jam
Cuci bersih dan rebus bersama air secukupnya sampai kacang kembang dan pecah
Kemudian masukkan sagu dan masak lagi sampai sagu masak dan jernih
Dalam periuk lain masak gula Melaka bersama sedikit air hingga gula larut
Kemudian tapis

Tuangkan gula Melaka ke dalam periuk rebusan kacang
Masukkan daun pandan dan gula pasir
Masak lagi hingga gula hancur

Tambahkan santan dan perasakan dengan garam agar terbit rasa lemak manisnya
Biarkan merenih sebentar
Sementara itu, satukan santan pekat dan garam untuk dimakan bersama bubur kacang merah nanti
Bila dah siap, korang bolehlah makan bubur kacang merah tadi dengan topping pati santan. Memang lain macam rasa sedap dia.

Mungkin ada yang tak suka manis, jadi korang boleh je letak pati santan tu sikit je. Tak pun makan kosong ikut kesesuaian dan kesedapan tekak masing-masing.

Nanti bila korang dah buat, jangan lupa share tau dekat ruangan komen Sinaran Wanita tau hasilnya. Walaupun sis Yana tak berapa gemar makan bubur, nampak gambar yang En Kesavan share ni terus rasa nak try masak untuk makan hujung minggu ni.

Makan masa musim panas pula, memang layannnn!

sumber ;Kesavan Supramaniam

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post