Kita semua tahu ulat gonggok atau ada yang mengenalinya sebagai ulat geluntur, sepah bulang atau mentibang memiliki bentuk silinder dengan rangka luar dan memiliki 20 hingga 100 segmen yang bersambung.
Sering dilihat di sekitar kita tetapi ramai yang salah faham tentang bahaya ulat gonggok ini.
Untuk menghilangkan rasa keliru itu, hari ini Facebook Public Health Malaysia merungkai bahaya atau tidak apabila uklat gonggok ini melata di tubuh kita.
Adakah ulat gonggok beracun ?
Jawapannya TIDAK.
Namun ia mampu merembeskan cecair yang boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah individu. Cecair ini boleh memberi kesan apabila terdedah kepada kulit dan mata.
Dalam kes tular yang terkini, seorang kanak kanak dari Australia telah menggigit seeekor ulat gonggok sehingga menyebabkan mulut dan bibirnya bengkak teruk.
Bahan yang terdapat dalam kelenjar ulat ini termasuklah;
Hydrochloric acid
Hydrogen cyanide
Organic acids
Phenol
Cresols
Benzoquinones
Hydroquinones
Perlukah anda panik dan takut kepada ulat pemalu ini? Tidak.
Jika terkena atau bersentuhan dengan ulat ini, basuh permukaan kulit dengan air dan sabun. Bawa ke hospital jika ada tindak balas alahan.
Seperti satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook berkata, anak-anak kecil akan mudah terkena alergik daripada toksin yang dikeluarkan oleh ulat gonggok ini.
Sumber: Public Health Malaysia