Cara Betul Diet Telur Rebus, Turun 10 Kg Dalam 2 Minggu


Ramai sangup berhabis duit dan menelan pil kurus semata-mata untuk dapatkan berat badan idaman. Tapi sebenarnya ada cara sihat untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berbelanja mahal iaitu dengan hanya mengamalkan makan telur rebus.

Dengan mengamalkan kaedah yang betul, diet telur rebus boleh membantu menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.

telur mampu membuatkan rasa kenyang lebih lama kerana ia kaya dengan sumber protein dan serat yang sihat. Bukan itu saja, diet telur rebus juga boleh meningkatkan metabolisme dan membakar lemak dengan lebih cepat.

Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan anda tidak akan naik dengan mendadak.

Ini cadangan menu sepanjang tempoh 2 minggu:

Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus & 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)

Tengah hari: 2 potong sweet potato & 2 biji epal

Malam: 1 pinggan salad & ayam panggang

Selasa
Sarapan: 2 biji telur rebus & 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)

Tengah hari: sayur hijau & salad ayam

Malam: sepinggan salad, sebiji oren & 2 biji telur rebus

Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus & 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)

Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato & 1 sweet potato

Malam: salad & ayam panggang

Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus & 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)

Tengah hari: semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)

Malam: salad & ayam stim

Jumaat
Sarapan: 2 biji telur rebus & 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)

Tengah hari: sayur rebus & 2 biji telur rebus

Malam: salad & ikan panggang

Sabtu
Sarapan: 2 biji telur rebus & 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)

Tengah hari: Buah-buahan

Malam: sayur & ayam stim

Ahad
Sarapan: 2 biji telur rebus & 1 biji buah sitrus (oren/grapefruit)

Tengah hari: salad tomato, sayur stim & ayam panggang

Malam: salad stim

Do & Don’ts
Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian ketika menjalani diet ini antaranya

1. Dapatkan nasihat doktor dan pakar nutrisi sebelum memulakan diet

2. Pastikan anda minum air kosong 8 hingga 10 gelas setiap hari

3. Lakukan senama ringan selama setengah jam setiap pagi

4. Tidak makan makanan segera

5. Paling penting, kurangkan pengambilan garam dan gula.

sumber ;vitdaily

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post