Cara Buat Cucur Udang dan Sos Lada Merah, Simple Tapi Sedap


Cucur udang memang sedap dimakan ketika panas-panas. Cecah pula dengan sos atau sambal kicap. Melalui akaun facebook, Izwahani Zainal berkongsi resipi membuat jemput-jemput udang. Resipinya simple saja tapi rasanya cukup sedap dan sambalnya pula menambah cita rasa. Izwahani tidak menggunakan serbuk penaik sebaliknya menggantikannya dengan telur ayam.

CUCUR UDANG
BAHAN-BAHAN

Tepung gandum 
Telur ayam
Bawang besar - potong dadu 
Kucai - hiris halus
Lada merah - hiris halus

Udang saiz sederhana secukupnya - disiang bersih
Garam secukupnya
Udara secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung dengan telur ayam, bawang besar, kucai, lada merah, udang dan garam.
2. Bancuh dengan air sehingga teksturnya tidak pekat dan tidak cair. Sesuai untuk digoreng.
3. Panaskan minyak masak dan goreng sesudu demi sesudu sehingga habis bancuhan.

SOS LADA MERAH
BAHAN-BAHAN
Lada merah
Bawang putih 
Garam
Gula
Cuka/limau kasturi
Air masak

CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga lembut.

Selamat mencuba!

Kredit: Izwahani Zainal

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post