Resepi mee goreng mamak ini cukup simple. Cara buat dan masak mi goreng mamak ini cukup mudah dan sedap. Kalau kena bahan-bahan dan adunannya, rasa macam makan di Penang pula.
Jom kita try!
Kandungan [tunjuk]
1. Resepi Mee Goreng Mamak
Resipi mee goreng mamak
Bahan-bahan
Ayam/udang/sotong (ikut suka nak letak apa)
Tauhu kering
Sayur sawi
Tomato
Kuah kacang/kuah sate
Sos tiram
Kicap
Cili boh
Mee kuning
Bawang merah
Bawang putih
Cara buat Mee Goreng Mamak
Tumis bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan ayam/sotong/udang. Masukkan cili boh tumis sampai pecah minyak.
Masukkan tauhu kering, sos tiram dan kuah kacang. Tumis lagi sehingga naik bau.
Masukkan mee kuning, kicap, tomato dan sayur. Bubuh garam gula dan perasa secukupnya.
Siap!
Sumber: Afiafifah Afwan dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
ADVERTISEMENT