IMPIAN bagi kebanyakan mereka yang beragama Islam tentunya mahu mengerjakan haji atau umrah.
Mungkin tidak semua dikurniakan rezeki untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.
Namun, ada yang sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan selagi halal demi menjejakkan kaki di sana.
Begitulah kegigihan seorang lelaki berusia 50an yang berniaga pelbagai jenis makanan kering.
Semangatnya dipaparkan oleh seorang pelayar di TikTok, vitaminbae menerusi rakaman pakcik berkenaan berniaga ikan masin di tangga di hadapan sebuah pasaraya di Ranau, Sabah.
“Terlihat pakcik ni menjual ikan masin di hadapan pasaraya. Terus berusaha menghabiskan jualan pada hari ini,” katanya.
Apabila diminta untuk mengira jumlah barangan masih tidak terjual, lelaki itu hanya menggunakan tapak tangan sebagai ‘kertas’ untuk membuat kiraan.
Pakcik kemudian menerima wang yang diletakkan di dalam bekas polisterin daripada lelaki ini tanpa menyatakan jumlahnya.
Tanpa disangka-sangka, pakcik berkenaan sanggup bekerja keras demi memenuhi hasratnya untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.
Alhamdulillah terima kasih orang baik. Semoga dipermudahkan urusan pakcik untuk menunaikan umrah.
Lebih menyentuh hati apabila peniaga tersebut mendedahkan dia hanya mengambil keuntungan sebanyak 50 sen setiap pek yang terjual.
Sejurus selepas dimaklumkan mengenai impian untuk mengerjakan umrah, vitaminbae kemudian menghulurkan lagi sumbangan kepada pakcik berkenaan..
Menerusi rakaman sama, kelihatan pakcik itu terus menadah tangan lalu berdoa di atas rezeki yang dikurniakan kepadanya.
Pakcik ini mengucapkan kesyukuran kerana menerima sumbangan.
Menarik nafas lega, pakcik berkenaan sekali lagi mendoakan vitaminbae kerana kemurahan hati pemuda itu.
Malah kegigihan dan semangat pakcik itu mengundang sebak netizen yang mendoakan rezekinya dimurahkan.
“Semoga doa pakcik dimakbulkan untuk menunaikan umrah dan semoga tuan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya. Amin.
“Alhamdulillah terima kasih orang baik. Semoga dipermudahkan urusan pakcik untuk menunaikan umrah,” demikian antara komen netizen.
Komen netizen di TikTok.
Di ruangan komen juga mendapati pengusaha kosmetik, Anas Zahrin menyuarakan hasratnya untuk berjumpa pakcik berkenaan.
Anas sebelum ini menaja beberapa pempengaruh mengerjakan umrah di Tanah Suci.
sumber ;mstar