Dakwa Sekadar ‘Lakonan’, Tindakan Lelaki Ini Sorok Lauk Bawah Nasi Undang Kecaman Netizen

Kedai masakan campur menjadi pilihan ramai orang kerana murah dan juga banyak pilihan makanan. Sistem yang selalu diamalkan oleh kedai masakan campur adalah pengunjung akan mengambil makanan sendiri dan memberitahu lauk yang diambil untuk dikira oleh peniaga.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @mizanejan_ telah memuat naik sebuah video memaparkan dirinya di restoran mamak mengambil makanan berlauk. Menerusi video tersebut, dapat dilihat dirinya ‘menyorokkan’ lauk dibawah timbunan nasi dan mengatakan hanya mengambil nasi bersama kuah

Walaupun video tesebut hanyalah lakonan tetapi video tersebut tetap mendapat perhatian orang ramai. Malah, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut yang tidak jujur melakukan hal itu.

Tidak hanya itu, para netizen turut mengatakan tidak seharusnya perkara itu terjadi kerana dianggap mencuri. Malah, rata-rata netizen mengatakan bahawa dia tidak sensitif tentang status makanan diambil kerana ia boleh disifatkan sebagai haram.

Oleh itu, ada juga netizen mencadangkan agar lelaki itu kembali ke restoran tersebut dan membayar makanan yang diambil. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan dan mendapat lebih 90 ribu tanda suka

sumber ;vocket

No comments

Powered by Blogger.