K0rang Tak Tahu Struggle Kami..” Stress Dengan Ragam PE1anggan, Pen1aga Nasi Lem4k Ini Hanya Mampu Meluahkan

Memandangkan keadaan ekonomi yang masih mencabar, ramai goloNgan yang terkesan, termasuklah para peniaga. Dengan kenaikan harga barangan mentah baru-baru ini, perkara ini memaksa peniaga untuk menaikkan harga makanan yang dijual untuk menampung kos.

Namun begitu, perkara itu telah menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati, mengajukan hal itu di media sosial, sekaligus memberi impak yang negatif pada peniaga. Sudah pelbagai cara yang telah dicuba oleh peniaga untuk memuaskan hati, namun ragam pelanggan ini kadang-kadang melampau.

seorang peniaga nasi lemak, memuat naik sebuah video di akaunnya, atikahzamharii_ dan berkongsi rasa stress apabila perlu melayani ragam pelanggan yang terlalu berlebihan.

Menjual nasi lemak dengan harga murah iaitu RM 2.50, pelanggan sering memesan nasi lemak dengan harga RM 2 sahaja dengannya. Tak kisah, dia baru sahaja ingin membungkus makanan tersebut namun terus hilang mood apabila pelanggan meminta lebih dan beberapa tambahan seperti timun lebih, telur sebiji dan sambal lebih. Nak lebih tapi tak mahu bayar? Peniaga mana sahaja tak sakit hati? Boleh rugi!

Tolong Jangan Buat Sebegini Pada Peniaga Kecil
Menjengah di ruangan komen, beberapa warganet tampil untuk meluahkan perkara sama yang berlaku pada mereka apabila perlu melayani ragam pelanggan sebegini. Jangan lah khianati peniaga kecil yang sedang mencari rezeki yang halal.RAGAM-PELANGGAN

Ada Juga Pelanggan Yang Memahami
Namun, ada juga beberapa pelanggan yang memahami situasi peniaga, harap sesetengah pelanggan berhenti dengan permintaan melampau dan bersifat pentingkan diri sendiri

Sebelum memarahi peniaga, kita juga perlu memahami situasi peniaga. Jika nak lebih, mesti lah kena bayar lebih. Peniaga juga mempunyai keluarga yang perlu disara dan mencari rezeki yang halal. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri sehingga merugikan pihak lain.

Sama-sama kita bantu orang lain untuk mencari rezeki. Jika kita permudahkan urusan orang lain, kita juga akan dipermudahkan urusan dan diberkati.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post