Ditonton Lebih 12 Juta Kali, Tular Ular Besar Syok ‘Bergayut’ Di Kabel Elektrik Atas Kepala Orang Rama
Mengerikan, seekor ular dengan saiz yang sangat besar telah ditemui melingkar di atas kabel elektrik berdekatan dengan Pasar Cogon di Filipina.
Menerusi video tular yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok, @michaelyufull, orang ramai di situ dilihat berkumpul dan menjerit semasa menyaksikan ular itu yang ‘terkapai-kapai’ di atas kabel elektrik.
Lebih meresahkan, ular tersebut berusaha untuk melarikan diri dan akhirnya berjaya melakukannya.
Ia menjadi tumpuan kerana pasar itu sememangnya sentiasa sibuk dengan orang ramai.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah jenis ular tersebut kerana ia dirakam dalam jarak yang jauh. Keadaan ular itu setelah ia terjatuh juga tidak dinyatakan.
Sejak dimuatnaik semalam, video itu telah mendapat sebanyak 12.9 juta tontonan di TikTok.
Menjengah ke ruangan, rata-rata netizen turut merasa takut melihat ular tersebut dan ada juga dalam kalangan mereka yang mengatakan bahawa ular itu mungkin sebenarnya lebih takut
Sumber: michaelyufull
Post a Comment