Bayi tahan sakit 5 hari, kutu babi dalam telinga

PETALING JAYA – Penangan digigit pepijat yang digelar kutu babi sememangnya teramat sakit dan kadang kala boleh menyebabkan berlakunya kesan terhadap kulit.

Selain menyebabkan tempat gigitan bengkak, haiwan kecil dan memiliki banyak kaki itu juga boleh menyebabkan mangsa gigitannya menjadi lenguh di kawasan gigitan terbabit.

Itu jika terkena kepada orang dewasa, cuba anda bayangkan jika kutu babi ini gigit seorang bayi yang usianya kurang setahun?

Terkini di media sosial, seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan enam bulan terkena gigitan haiwan kecil ini di dalam lubang telinganya.

Bayi bernama Fateh itu dikatakan telah lima hari menangis tanpa henti menahan kesakitan yang dialaminya.

Bimbang dengan keadaan itu, ibu bapanya membawa bayi berkenaan ke hospital pakar dan ternyata sebab kesakitan tersebut adalah gigitan kutu babi.

Orang ramai yang pernah mempunyai pengalaman sama turut berkongsi kisah mereka masing-masing.

“Anak saya Zara umur lima tahun suka sangat main kucing, awalnya dia tidak beritahu telinganya sakit sehingga saya marah kerana tidak mahu ikat rambut.

“Saya periksa telinga dia, rupanya kutu babi dah gigit. Merah dan bengkak. Papanya buang menggunakan penyepit. Kesian dia,” jelas Zura Fezura.

“Saya sendiri penah kena gigit, sakit sehingga lenguh tangan kanan saya ketika itu.

“Paling ketara apabila kawasan gigitan itu juga menyebabkan kudis, bahaya benda ni. Biasanya kutu babi ada di telinga kucing,” jelas Dae85trueno.

sumber; K! ONLINE.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post