Lintah ‘Berenang’ Dalam Mi Sup, Netizen Kembang Tekak!....gelinya Rasa ..TAK NAk makan dah sayur kangkung

Bila makan makanan di luar sudah tentunya kedai yang bersih menjadi pilihan hati kerana takut ada ‘sesuatu’ di dalam makanan sehingga boleh hilangkan selera makan.

Itulah yang dilalui oleh seorang pengguna media sosial apabila terjumpa sesuatu di dalam makanan yang dipesan di kedai berkenaan.

LINTAH BERENANG DALAM MI SUP, NETIZEN KEMBANG TEKAK!

pemilik akaun @meayrolir terkejut melihat seekor lintah yang masih hidup di dalam mi sup yang dimakan di sebuah kedai.

Pemuda itu menunjukkan juadah mi yang telah habis dan hanya tinggal kuah serta lincah yang sedang ‘berenang’ di dalam kuah mi sup berkenaan.

mendapat hampir satu juta tontonan dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri komen warganet yang turut kembang tekak melihat lintah tersebut.

Mereka berpendapat mungkin lintah tersebut datang dari dalam sayur kangkung seperti kes yang tular sebelum ini. Jadi, pastikan anda membersihkan sayur kangkung betul-betul sebelum masak. Bahaya!

Sumber: Meayrolir

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post