Seperti biasa, bagi anak-anak yang masih kecil akan menggunakan lampin atau pampers kerana masih tidak pandai menggunakan tandas. Kebanyakkan dari mereka akan bergantung kepada lampin dan pampers ini sehingga usia mereka mencecah tiga tahun.
Namun, berbeza pula dengan gelagat pasangan ibu dan ayah ini apabila mereka menggunakan kreativiti menggantikan pampers bayi dengan tuala wanita untuk anak mereka. Kenapa nak guna tuala wanita pula tu? Rupa-rupanya ini sebabnya…
GARA-GARA PAMPERS HABIS, BAYI INI TERPAKSA PAKAI TUALA WANITA
Baru-baru ini, tular di laman Tiktok memaparkan seorang bayi terpaksa memakai tuala wanita kerana pampers di rumah dah habis! Memang video ini mendapat tumpuan ramai kerana lucu!
Menerusi video dari @aisykyle_, kelihatan seorang lelaki sedang merakam anaknya sambil bertanya jenis pampers apa yang dipakainya. Apa yang melucukan adalah apabila dia membuka seluar anaknya, rupanya anaknya itu memakai tuala wanita bukannya pampers bayi!
Menurut lelaki tersebut, pampers sudah habis dan isterinya terpaksa memakaikan anak mereka tuala wanita buat sementara waktu. Kreatif juga cari jalan penyelesaian!
“KENAPALAH TAK TERFIKIR SEBELUM NI”
Menjengah ke ruangan komen, video yang mendapat 2.5M views ini mendapat komen yang pelbagai dan rata-rata netizen pun terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini. Ada juga yang mengatakan bahawa ibu dan ayah ini berfikiran ke hadapan. Bagus
Sumber: Tiktok @aisykyle_ Via Sirap Limau