Digelar ‘Tarzan Of Karachi’, Lelaki Habiskan 8 Tahun Tinggal Di Atas Pokok

Seorang lelaki berusia 28 tahun dari Pakistan dikenali sebagai Tarzan of Karachi, selepas menghabiskan lapan tahun hidupnya tinggal di dalam pondok di atas sebatang pokok di bandar itu.

DIGELAR ‘TARZAN OF KARACHI’, LELAKI HABISKAN 8 TAHUN TINGGAL DI ATAS POKOK

Hanya sekelip mata saja, Farman Ali menjadi perbualan hangat di media sosial selepas rakaman rumahnya yang luar biasa menjadi tular di media sosial beberapa minggu lalu.

Laman berita Oddity Central melaporkan, Farman hidup terlalu miskin selepas kehilangan kedua ibu bapanya. Dia tidak mampu untuk membeli apa-apa jenis perumahan konvensional.

Setelah tinggal di jalanan untuk beberapa waktu, dia memutuskan untuk membina rumahnya sendiri di atas sebuah pokok di kawasan awam supaya tidak diganggu atau dihalau.

MENYARA KEHIDUPAN DENGAN MENGAMBIL PELBAGAI JENIS UPAH

Meskipun begitu, Farman menyara kehidupannya dengan mengambil upah mencuci kereta, menyapu dan membersihkan di luar rumah penduduk serta mendapatkan barangan runcit untuk mereka.

Kebanyakan pelanggan, membayarnya dengan air sejuk dan makanan. Malah, upahnya yang sedikit masih belum mencukupi untuk menampung keperluan hariannya inikan pula untuk mendapatkan sebuah rumah yang selesa.

Baru-baru ini, agensi berita Ruptly yang menemu bual Farman melaporkan, keputusan dia menetap di atas pokok merupakan pilihan terakhir.

Sebelum itu, dia pernah mengetuk pintu saudara-mara dan kenalan untuk mendapatkan bantuan. Malangnya, tiada siapa yang mahu berurusan dengan seorang lelaki miskin yang tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan.

Langsung dia memutuskan untuk membina rumah di atas sebuah pokok. Rumah itu dibina daripada buluh, kayu dan pintu lama bersama kain untuk melindungi dirinya daripada tiupan angin dan rembesan hujan.

Selain memiliki katil sementara, dia juga berjaya menyediakan singki untuk mencuci muka, ketuhar kecil untuk memasak dan memanaskan air. Malah, lampu kecil berkuasa bateri dan pengecas untuk telefonnya.

Sumber: Oddity Central

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post