Bau Tandas Selalu Busuk? Ini Cara Mudah Hilangkan Bau Busuk Tandas & Kekal Wangi

Bilik air adalah tempat yang kita wajib pergi setiap hari dan pastinya masih ramai tak tahu cara hilangkan bau busuk tandas dengan mudah. Bilik air atau tandas merupakan tempat kita membuang air dan membersihkan diri daripada segala kekotoran. Oleh sebab itu bau busuk sememangnya sinonim dikaitkan dengan tandas. Tapi tak semestinya kita hanya perlu biarkan sahaja bilik air kita asyik berbau busuk tanpa usaha untuk mewangikannya. Barulah kita tak rasa geli apatah lagi berasa malu jika ada tetamu yang datang ke rumah.

Sebenarnya terdapat pelbagai produk yang dijual di luar sana untuk memberikan kesegaran dan kewangian pada ruang bilik air. Namun begitu tak semua produk berkesan malah ada yang dijual dengan harga agak mahal tetapi tandas tetap berbau busuk. Kalau diikutkan terdapat pelbagai kaedah untuk memastikan tandas sentiasa berbau wangi dan segar selain menggunakan pewangi sahaja antaranya adalah seperti dikongsikan di bawah.

Cara Hilangkan Bau Busuk Tandas & Kekal Wangi Sepanjang Masa Dengan Mudah
Berikut dikongsikan cara hilangkan bau busuk tandas dengan beberapa kaedah yang mudah:

Arang

Arang merupakan salah satu bahan semulajadi yang mampu menyerap bau busuk apa sekalipun dengan efektif. Antaranya termasuklah menghilangkan bau busuk kepam dalam almari, bau busuk tahi kucing dan juga bau busuk tandas. Caranya mudah sahaja:

Letakkan beberapa ketul arang kecil di dalam beg kain atau beg plastik yang berlubang
Gantungkannya di tempat yang berbau seperti berhampiran mangkuk tandas
Hampas Kopi
Kopi juga merupakan salah satu bahan yang sangat popular dalam meneutralisasikan bau. Tidak kiralah bau wangi ataupun bau busuk. Kopi sememangnya agen yang berkesan dalam menyahkan bau-bauan lain. Oleh itu cara menggunakannya adalah:

Masuk atau taburkan hampas kopi ke dalam lubang tandas atau singki tandas.
Biarkan ianya terendam buat seketika sebelum disiram
Bau yang tidak menyenangkan tersebut akan hilang

Hirisan Lemon
Lemon pula merupakan buahan jenis sitrus yang mempunyai bau yang sangat kuat dan mewangikan. Justeru memang tidak asing lagi penggunaan lemon dalam menyahkan bau-bauan yang tidak menyenangkan. Terdapat beberapa cara menggunakannya iaitu:

Cara Pertama: Gunakan garam laut dan letakkan ianya di dalam kulit lemon . Gantikan garam tersebut setiap 4 atau 5 hari
Cara Kedua: Hiriskan lemon dan letakkan di dalam mangkuk kemudian letakkan di dalam bilik air
Cara Ketiga: Potong lemon kepada 2 bahagian dan gosokkan di bahagian dinding yang ingin dibersihkan dan diwangikan

Menyalakan Mancis
Sekiranya ada tetamu yang akan datang dalam masa yang terdekat, cuba nyalakan mancis buat seketika di dalam bilik air. Bau yang tidak wangi tersebut akan hilang.

Namun begitu, cara ini dipercayai hanya bersifat sementara kerana nyalaan api tersebut akan hanya ‘mentutup’ bau busuk tersebut.

Guna Essential Oil
Selain pewangi biasa, essential oil adalah salah satu bahan yang popular untuk mewangikan sesuatu tempat termasuklah dalam bilik air. Cara menggunakannya adalah:

Masukkan dua cawan air, satu sudu cuka putih, satu sudu soda penaik dan 10 titis essential oil seperti lavender, eucalyptus atau sitrus di dalam botol penyembur
Letakkan ianya dalam bilik air dan ia akan memberi bau yang segar yang berpanjangan dalam bilik air
Letakkan Pokok Bunga
Bunga merupakan salah satu bahan semulajadi yang wangi dan digunakan secara meluas termasuklah di dalam penghasilan pewangi dan sebagainya. Justeru dengan meletakkan pokok bunga di dalam tandas dapat memberikan kewangian semulajadi di bilik air sekaligus mencantikkan pemandangan. Antara pokok yang boleh digunakan adalah:

Pokok Bunga Jasmin
Pokok Bunga Lili
Pokok Bunga Ros

Elakkan Kain Lembap
Antara perkara yang boleh menyebabkan bau busuk adalah kain yang lembap. Sebagai contoh alas kaki yang lembap boleh menyebabkan bakteria berkumpul dan mengeluarkan bau busuk. Justeru apa yang perlu dibuat adalah:

Cuci atau gantikan alas kaki sekerap mungkin
Elakkan gantung baju atau tuala di dalam bilik air dalam tempoh yang lama
Pengaliran Udara Yang Baik
Antara masalah utama bau tandas busuk adalah kerana tiada pengaliran udara yang baik. Lazimnya setiap tandas mempunyai tingkap di mana tujuannya adalah untuk mengalirkan pengudaraan dari dalam ke luar dan luar ke dalam. Justeru apa yang perlu dibuat adalah:

Buka tingkap seluas-luasnya selepas menggunakan bilik air
Jika tiada tingkap, pasang extractor fan atau atau kipas ekzos untuk mengalirkan udara

Cuci Bilik Air Dengan Kerap
Perkara yang paling utama dan paling wajib untuk dibuat sebenarnya adalah mencuci bilik air atau tandas itu sendiri. Kalau tidak dicuci dengan kerap, kotoran mungkin akan melekat dalam bilik air dan sukar untuk ditanggalkan jika dibiarkan dalam tempoh lama. Apa yang perlu dibuat adalah:

Cuci tandas atau bilik air sekurang-kurangnya seminggu sekali

Dah tahu cara nak pastikan tandas dan bilik air sentiasa wangi dan segar lepas ni boleh lah buat ya tak kiralah di rumah, pejabat ataupun di sekolah. Baru lah lepasni nak guna tandas pun tak rasa geli atau malas kerana busuk kan. Kalau nak tahu cara mudah hilangkan kotoran degil atau lumut dalam tandas tu

sumber;my sumber

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post