5 tahun jaga, mak dia ambil balik” Luahan Sayu Ibu Ini Bila Anak Angkat Diambil Keluarga Kandung

Siapa yang tidak menyayangi anak kecil yang sudah dijaga dan diasuh sedari dia bayi lagi. Namun, apabila tiba masa terpaksa berpisah, ia adalah satu momen yang sangat menyedihkan. Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Zati Zaini, dia telah mencerita perihal anak angkatnya yang terpaksa diserahkan semula kepada ibu kandung kanak-kanak tersebut. Menerusi […]

Hati siapa yang mampu menahan rasa sedih apabila terpaksa dipisahkan dengan anak yang dijaga penuh kasih sayang sejak kecil lagi.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang telah menjaga seorang anak angkat tetapi terpaksa memulangkan kepada keluarga kandungnya semula.

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Zati Zaini, dia telah mencerita perihal anak angkatnya yang terpaksa diserahkan semula kepada ibu kandung kanak-kanak tersebut.

Di dalam muat naik luahan itu, Zati menceritakan bagaimana kisah sedihnya itu bermula.

“Aku jaga budak ni , dari dia 1 tahun sampai umur 5 tahun. Disebabkan family dia susah , aku tolong jagakan sebagai adik. Bila aku dah kawin , family dia nak aku angkat sumpah jadi mak angkat dia.”

“Bila dah angkat sumpah dah jaga bagi sekolah semua mak dia nak ambil dia balik”

Zati juga berkata dia dan suaminya yang baru sahaja berusia 22 tahun telah menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa muda bagi memastikan anak angkat yang diasuh keluarga dapat menerima pendidikan serta kasih sayang yang sempurna.

“Masa mak dia suruh aku dengan suami jadi mak dan ayah angkat anak dia , kiteorang blur gila. Yela baru kawin tak sampai setahun , umur pun baru 22tahun nak ada anak umur 5tahun.”

“Kiteorang takut kiteorang tak mampu nak didik dengan baik anak dia. Amanah besar bagi kami”

“Padehal kami boleh je tunggu anak sendiri. Tapi atas dasar sayang dah dekat budak tu , kami pun bersetuju.”

“Naik turun mahkamah , kebajikan , klinik kesihatan , daftar sekolah. Pakaian makanan semua jangan cakap la , apa yang diminta semua kami bagi sbb dh jadi anak sendiri kan”

Walau bagaimanapun, apabila selesai semua urusan menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat yang sah, ibu kandungnya,tiba-tiba membuat meminta semula anaknya itu.

“Bila dah jaga elok elok , dah sayang macam anak kandung sendiri , mak dia pulak nak balik.”

“Sepatutnya kami boleh je ambil tindakan sebab kami ada hak , tapi bagi aku siapa jela kami ni nak dibandingkan dengan mak kandung dia sendiri kan Pensive face”

Zati tetap pasrah dan redha kerana mengetahui bahawa dirinya sekadar penjaga dan ibu kandung kanak-kanak tersebut lebih berhak dalam hal ini.

“Tapi takpe aku redha. Walaupun tiap malam menangis. Yela biasa dia ada sebelah tidur dengan kami. Hari hari bangun “mommy bangun dah pagi”. Tapi sekarang dah takde lagi dengar suara dia.”

“Semoga ada rezeki kami lepasni untuk ada anak sendiri bagi mengubat hati ini. Aamiin”

“Mommy anggap menjaga Qasya selama ni adalah hanya mimpi buat mommy. Tapi mimpi yang paling indah dalam hidup yang takkan mommy lupakan sampai bila bila Smiling face with 3 hearts Semoga satu hari nanti kita berjumpa lagi ye nak”

Sebelum ini, Zati pernah keguguraan sebanyak dua kali dan mengakui bersyukur dikurniakan anak angkat walaupun sedar ketika ini semuanya sudah tiada lagi.

“Pasal anak ni aku dah redha sangat. Dulu aku 2 kali guguur. Bila aku ada anak angkat pun aku dah bersyukur sangat sangat.”

“Tapi Allah dah aturkan sebaik mungkin. Jangan berhenti berharap kerana Allah lebih tahu saat yang paling tepat untuk mengabulkan permintaanmu”

Rata-rata netizen meninggalkan komen simpati terhadap apa yang berlaku terhadap diri Zati dan suami.

sumber:yoy .my

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post