Mula sekeliling rumah, kini ladang cili, sayuran

Bermula dengan minat melihat kesegaran cili merah yang dijual di pasaran runcit mendorong pengusaha kebun sayuran, Saudah Ismail, 67, untuk memulakan projek tanaman menggunakan sistem fertigasi.

Kata pemilik syarikat Safri Mahmud Enterprise itu, tanaman cili bermula dengan 1,000 polibeg di sekeliling kawasan rumah, kini membawa kepada dua ladang yang mengusahakan pelbagai tanaman.

 

“Perusahaan sejak 2011 ini memberikan tumpuan kepada cili merah fertigasi namun pada masa sama saya turut mengusahakan tanaman lain seperti rock melon, timun, terung dan peria dan sayur.

“Bagi 3,000 pokok cili dapat, ia menghasilkan 300 kilogram (kg) cili untuk dipetik dalam dua hingga tiga minggu,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Kata Saudah yang juga Sahabat AIM, ladang itu kini diusahakan bersama anaknya, Mohammad Safri Mahmud, 28, dengan anggaran 5,000 polibag cili ditanam di setiap ladang.

“Dianggarkan, bagi keluasan tanah satu ekar sebanyak 2,000 hingga 3,000 polibag cili boleh ditanam selain tanaman lain.

sumber ;. – UTUSAN

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post