menjelang banjir semenjak dua ni ..ada telatah anak ikan masuk rumah ,siap main pusing pusing lagi

Menjelang hujung tahun, memang cukup sinonim dengan cuaca tidak menentu. Kadang-kadang hujan lebat tanpa henti, terkadang panas terik. Namun sesetengah kawasan rendah yang mengalami kadar hujan yang tinggi, ada yang menyebabkan banjir, tanah runtuh dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini satu video yang memaparkan keadaan banjir di sebuah rumah telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, dalam perkongsian tersebut kelihatan air jernih memasuki rumah dan beberapa ekor ikan sedang berenang.

Disebabkan air banjir itu agak jernih, memang nampak jelas ikan tersebut berenang memasuki rumah. Apa yang lebih meraih perhatian warganet adalah beberapa ekor ikan sedang berenang di dalam bulatan. Berikut adalah perkongsian rakaman ikan berenang masuk rumah masa banjir ini:

Yang buat bulat tu tengah tawaf ke 😆

Rezeki datang sendiri nampaknya ini. Apa-apa pun perkongsian rakaman ikan berenang masuk rumah masa banjir yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun maareyla ini telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan 41 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Kalau berlaku banjir camni kat Sarawak auto risau dan tak mau masuk air. Tahun lepas dah ada beberapa ekor buaya sesat masuk rumah”

Ikan Berenang Masuk Rumah 4

“Main pusing pusing pulak dah ikan tu ghisauu”

Ikan Berenang Masuk Rumah 3

“Tak perlu g pasar ikan dah. Amik je kat depan rumah”

Ikan Berenang Masuk Rumah 2

“Betul la orang tua2 cakap. Kadang rumah masuk air ni rezeki”

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post