Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

sempena Hari Raya 2022, diteruskan dengan kisah bertajuk “Rezeki Dari Tanah” yang memaparkan cerita empat individu – Pak Salim dari Melaka, Pak Jamain & Kak Lily dari Sarawak dan Rayndra dari Indonesia. Mereka semua mempunyai kepercayaan yang sama, dimana ‘Tanah tidak pernah tipu, kerana apabila kita berbakti kepadanya kita pasti akan dapat hasil rezeki darinya.’ Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti kisah mereka seperti berikut:

Kehilangan orang tersayang pastinya akan memberikan kesan yang begitu mendalam dalam diri seseorang. Tambah-tambah lagi jika orang itu adalah seseorang yang begitu dekat dengan mereka.

Seperti yang dilalui oleh seorang warga emas yang berasal dari Melaka bernama Pak Salim ini. Dia yang juga dikenali dengan gelaran “Salim 99 ekar” adalah merupakan seorang Imam dalam komunitinya.

Setelah kehilangan isteri tercinta, Pak Salim seringkali dilihat ke kebunnya. Bukan sahaja minat, aktiviti bercucuk tanam juga adalah merupakan salah satu terapi yang digunakannya untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati dan mindanya.

Selain dianggap sebagai terapi, dia juga berpeluang untuk berbakti kepada tanah yang selama ini menjadi punca rezekinya serta dikongsikan dengan masyarakat disekelilingnya.

Seperti Pak Salim, semua orang pastinya ada kisah mereka yang tersendiri. Sama seperti kisah pasangan suami isteri, Pak Jamain dan Kak Lily dari Sarawak ini.

Dikenali dengan gelaran “Apai Long Sarawak”, mereka berdua menerapkan kegembiraan dalam berkongsi dan menyebarkan rezeki dalam bentuk sedekah.

Mereka memilih untuk berkongsikan rezeki hasil tanaman mereka kepada komuniti setempat. Dengan perbuatan itu, mereka berdua berharap agar ia dapat mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara satu sama lain.

Satu lagi kisah inspirasi dan wajar dicontohi datangnya daripada seorang pemuda dari Indonesia yang bernama Rayndra Shahdah ini.

Gelaran “Petani Milenial” yang melekat pada dirinya tampak seakan sesuai sekali. Ini kerana, dia adalah seorang pemuda yang mempromosikan kecintaannya terhadap pertanian kepada generasi muda dengan harapan ramai yang berminat mengikuti jejak langkahnya.

Kesemua wira yang tidak didendang ini berkongsi kepercayaan yang sama iaitu apabila seseorang menyemai benih positif melalui berbakti kepada tanah, hasilnya dapat dinikmati bersama masyarakat dan generasi mendatang.

Justeru daripada itu, ‘Rezeki Dari Tanah’ ini didedikasikan kepada mereka yang mengusahakan tanah untuk berkongsi hasilnya dengan yang lain.

untuk mengaitkan wira yang bekerja keras dan cara mereka meraikan hasil kerja mereka dengan orang lain sebagai metafora kepada Raya dimana Raya adalah hari untuk meraikan berakhirnya bulan Ramadan, bulan menahan nafsu lapar dan dahaga, serta bulan yang dituntut untuk membantu orang lain yang memerlukan dan lain-lain lagi.

sumber ;agensi

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post