Wanita tendang lelaki buka seluar di tempat awam

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita menendang seorang lelaki yang cuba membuka seluar di tempat awam, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @kabarnegri.

Rakaman memaparkan seorang lelaki berbaju hitam menyelak bajunya dan cuba membuka seluar di tepi dinding sebuah kafe.

Lelaki yang dikatakan mengalami gangguan mental itu cuba menunjukkan kemaluannya kepada pelanggan kedai yang rata-ratanya wanita.

Tidak lama kemudian, seorang wanita datang dari arah belakang lalu menendang punggung lelaki itu.

Lelaki itu kemudian membetulkan seluarnya lalu berjalan keluar dari kafe. Sebelum sempat keluar, wanita itu sekali lagi menendang lelaki tersebut lalu menyuruhnya pergi.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kalau begini pelakunya perlu diperlakukan dengan keras,” kata seorang netizen.

“Bagus terus tendang sampai jatuh,” komen netizen lain. –sumber;

Agensi

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post