Selalu Tersenyum Masa Memasak, Chef Terkenal Turki Dilaporkan Sedang Sakit

Pastinya ramai yang cukup kenal dengan chef dari Turki ini yang popular dengan video masakannya di media sosial. Antara yang menjadi tarikannya ialah gelagat chef tersebut yang selalu tersenyum semasa memasak sekaligus menceriakan mereka yang melihatnya.

Namun baru-baru ini, ada perkhabaran yang tidak enak dikongsikan apabila chef tersebut dilaporkan sedang sakit dan kini dirawat di hospital. Perkembangan terkini Chef Turki itu atau nama sebenarnya Burak Ozdemir turut membuatkan ramai yang sedih melihat keadaannya kini.


Menerusi video di akaun Tik Tok miliknya, chef tersebut berkongsikan keadaan terkininya yang sedang menerima rawatan di hospital. Turut kelihatan, keadaan susuk badan lelaki itu yang jelas semakin susut dan kurus dengan keadaannya sekarang.

Walaupun tidak dikongsikan tentang penyakit yang dihidapinya, ramai yang turut sama-sama mendoakan yang terbaik untuk tukang masak itu. Dalam masa yang sama, chef tersebut turut meninggalkan pesanan sekiranya dia telah tiada di dunia ini lagi.

“Andai anda kehilangan saya satu hari nanti, ingatlah saya dengan melihat video-video yang ada.”

memasak
Pesanannya ini turut membuatkan ramai sebak melihat keadaan chef tersebut yang kini terlantar di hospital sekarang ini. Ada juga yang mendoakan chef itu dapat kembali melakukan video memasak yang sering ditunggu-tunggu oleh peminatnya.

“Kami ada di sini bersama anda.”

chef

 

“Saya doakan anda diberikan kesembuhan segera…”

memasak
“Kami sayangkan anda, takkan lupakan anda.”

komen
“Kami tak bersedia untuk kehilangan anda, tolong jangan cakap macam tu…”

 

sumber.tiktok

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post