Penduduk temui ikan gergasi terdampar selepas banjir

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan sekumpulan penduduk menemui ikan gergasi selepas banjir melanda Garut, dalam wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @inforesponarat.

“Sungguh menakjubkan! Seekor ikan terdampar dan ditemui penduduk selepas banjir di Garut,” demikian menurut keterangan pada video berkenaan.

Rakaman itu memaparkan sebilangan lelaki dewasa mengalami kesukaran ketika cuba mengalihkan ikan tersebut.

Walaupun belum mengetahui spesies ikan tersebut, sebilangan netizen mendakwa ia adalah ikan arapaima. Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Mungkin arapaima,” kata seorang netizen.

“Ikan dari Sungai Amazon ni,” komen netizen lain.

sumber;Agensi

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post