Pekerja melecur, lori terbabas rempuh gerai masakan panas

KUALA KRAI: Seorang pekerja gerai makan masakan panas melecur pada bahagian dada dan belakang badannya akibat terkena sup panas yang sedang dimasak selepas sebuah lori merempuh gerainya di c

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, Nurda Rosiz @ Nirda Muhammad Sahimi, 31, dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini selepas kira-kira sembilan peratus kedua-dua bahagian badannya itu melecur.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai sedang memasak sup di bahagian dapur gerai tersebut.

Menurutnya, pada masa sama, sebuah lori jenis Hicom yang dipandu lelaki berusia 55 tahun dan kelindan berusia 17 tahun yang juga anaknya dipandu dari arah Kampung Telekong untuk pulang ke rumah mereka di Batu Balai di sini.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, lori tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua buah gerai makan iaitu gerai masakan panas tempat wanita itu bekerja dan gerai nasi lemak yang turut menjual nasi berlauk.

“Insiden itu menyebabkan mangsa yang berada di dapur gerai tidak sempat menyelamatkan diri sebelum terkena sup panas pada bahagian dada dan belakang badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Suzaimi, pemandu lori berkenaan turut cedera pada bahagian bahu selain luka pada dahi manakala anaknya cedera bahu kanan dan kedua-dua mereka turut dirawat di HSIP.

Katanya, siasatan mendapati, tiada pelanggan berada di gerai masakan panas itu semasa kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER;UTUSAN

 

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post