Bukan Sedap Pun!” – Gara-Gara 2 Biji Mangga, Wanita Ini Kena Marah Dengan Jiran. Akhirnya..

Buah Mangga sangat berharga. Mempunyai isi yang manis, ia dipetik secara bermusim dan menjadi kegemaran orang ramai. Oleh kerana harga buah ini boleh mencecah hingga puluhan dan ratusan ringgit, ada yang menanamnya di laman rumah mereka.

Proses menanam pokok mangga ini juga tidak mudah. Selain langkah, cuaca, tanah dan proses yang tepat, ia juga memerlukan kesabaran yang tinggi untuk buah itu mendatangkan hasil.

Oleh itu, ada segelintir penanam yang agak menyayanginya dan tidak akan memberi hasil pokok tersebut sesuka hati. Seperti yang terjadi ke atas seorang wanita ini.

“Bukan Sedap Pun!” – Gara-Gara 2 Biji Mangga, Wanita Ini Kena Marah Dengan Jiran. Akhirnya..
Dikongsikan di media sosial, seorang wanita (identiti telah dirahsiakan) yang tinggal di sebuah laman perumahan melihat sebuah pokok mangga yang ada di luar pagar rumah jirannya.kena marah dengan jiran

Kerana teringin dan berasa bahawa tindakannya tidak menyalahi mana-mana pihak, wanita itu mengambil dua biji buah mangga dari pokok tersebut untuk merasainya.

Namun, tindakannya diketahui dan mendatangkan padah apabila jirannya bising dan tidak berpuas hati kerana dia telah mengambil buah tersebut tanpa izin.kena marah dengan jiran

Kecoh, wanita itu tetap berasakan bahawa jirannya tidak seharusnya membesarkan hal tersebut kerana buah yang diambilnya bukannya sedap sangat pun. Malah ia mempunyai rasa yang lebih masam dari selalu.

Tapi oleh kerana mahu situasi di antara mereka aman, wanita itu menjelaskan di ruangan komen bahawa dia telah meminta maaf pada jirannya atas perkara yang telah dilakukan. kena marah dengan jiran

Menjengah di ruangan komen, orang ramai berpendapat bahawa tindakan wanita itu tidak wajar. Kerana tidak meminta izin, memang patut jirannya akan berasa panas dan memarahi tindakannya.

Nasihat orang ramai, wanita itu seharusnya meminta izin terlebih dahulu sebelum mengambil hak tuan rumah.

Perlu Meminta Izin Dahulu, Orang Ramai Nasihat Wanita Itukena marah dengan jiran
Hal ini tidak perlu dipanjangkan memandangkan ia pun telah diselesaikan secara elok di antara dua-dua pihak. Tujuan ia dikongsikan adalah bagi menjadi pengajaran buat kita semua untuk lebih berhati-hati sebelum mengambil hak orang lain.

sumber;bernama

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post