buaya reptilia pemangsa siapa tidak takut saat terjumpa...ini kan pula tersesat dalam kampung....menakutkan penduduk sekitar

BETONG : Seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter yang dipercayai tersesat masuk ke parit menggemparkan penduduk Kampung Spaoh di sini, malam tadi.

Buaya dipercayai memasuki parit di kampung itu ketika air pasang besar petang semalam.

Penduduk yang bimbangkan keselamatan kemudian menangkap reptilia itu sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihubungi untuk tindakan lanjut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.45 malam.

Beliau berkata, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.

“Anggota bomba bersama penduduk kampung kemudian menarik buaya itu keluar dari parit dan memindahkannya ke kenderaan untuk dibawa balik ke BBP Betong,” katanya.

Menurutnya lagi, reptilia itu akan diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan selanjutnya.

Justeru katanya, penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan sungai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika air pasang besar dan banjir kerana dikhuatiri haiwan merbahaya seperti buaya dan ular memasuki kampung mereka.

 

sumber;kosmo

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post