Beri Roti Pada Monyet Di Tepi Jalan, Wanita Ini Tak Sangka Haiwan Itu Balas Cara Begini..

Bagi mereka yang sering melalui jalan raya yang terletak berhampiran kawasan hutan atau bukit, kelibat sekumpulan monyet akan kelihatan. Sering kelaparan, ia juga menyelongkar tong sampah yang ada demi mencari makanan.

Melihat nasib haiwan itu, orang ramai akan berasa kasihan. Oleh itu, kita sering melihat beberapa individu yang sanggup membeli makanan untuk diberikan pada beberapa ekor monyet di tepi jalan raya.

Namun memandangkan ia haiwan dan tidak mempunyai akal, ada kalanya monyet-monyet tersebut tidak akan menghargai pemberian manusia.

Beri Roti Pada Monyet Di Tepi Jalan, Wanita Ini Tak Sangka Haiwan Itu Balas Cara Begini..
Keluar menaiki kereta, seorang wanita ghayacollections, telah terserempak dengan beberapa ekor monyet di tepi jalan. Dengan hari yang begitu panas, dia berasa kasihan bila melihat nasib haiwan tersebut.

Mungkin monyet-monyet tersebut sedang kelaparan dan mencari makanan, wanita itu bersimpati lalu pergi membeli sebungkus roti untuk diberikan pada mereka.beri roti pada monyet

Mendapatkan roti di kedai yang berhampiran, dia terus bergegas ke monyet-monyet tersebut untuk memberi mereka makan. Kebetulan ketika dia tiba, dia melihat seekor monyet yang sedang menunggunya.beri roti pada monyetberi roti pada monyet

Berada di dalam kereta, wanita itu melontarkan sekeping roti pada monyet tersebut untuk monyet itu memakannya tapi lain pula yang berlaku. Melihat roti itu, haiwan itu mengambilnya untuk mengelap tangannya. Menyaksikan perkara itu, wanita itu berasa terhibur pula.

Melihat di ruangan komen, orang ramai turut berasa terkejut melihat tindakan monyet tersebut. Orang nak bagi dia makan tapi boleh pula dia menggunakannya untuk lap tangannya. Sekurang-kurangnya kita tahu ia beradab dan mementingkan kebersihan.

Niat nak berbuat baik tapi boleh pula monyet itu terlepas pandang? Rasa nak gelak pun ada bila melihat gelagatnya. Nasib baik wanita itu tidak diserang monyet tersebut.

Lain kali kalau nak beli makanan pada mereka, pastikan anda membawa buah-buahan. Kemungkinan mereka akan lebih menggemarinya.

Kredit: ghayacollections

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post