Wanita sanggup ambil risiko panjat perigi demi air

NEW DELHI: Sebuah video tular menunjukkan seorang wanita mengambil risiko dengan memanjat dinding perigi untuk mengambil air di negeri Madhya Pradesh.

Video tersebut menunjukkan wanita itu turun ke perigi tanpa tali.

Difahamkan, penduduk di Kampung Ghusiya terpaksa mengambil tindakan ekstrem selepas perigi kering kontang akibat cuaca panas.

Beberapa kawasan lain di India juga turut mengalami krisis air yang sama.

Laporan global 2019 menyenaraikan India antara 17 negara yang mengalami masalah air yang kronik.

Antara negeri yang terjejas teruk adalah Madhya Pradesh, Punjab, Rajasthan, Uttar Pradesh, Gujarat, Uttarakhand dan Haryana.

Di Madhya Pradesh, masalah air kerap berlaku setiap musim panas.

Kerajaan negeri berjanji akan menyalurkan bekalan air kepada setiap kampung pada 2024.

Bagaimanapun, air minuman masih belum dapat diakses sepenuhnya kepada jutaan penduduk

sumber.-BBC

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post