LG*T BERT0PENGKAN ANIMASI : Ini Bukan Perkara Remeh Yang Harus Dibisukan- Ustazah Asma Harun

LG*T BERT0PENGKAN ANIMASI

Baru-baru ini syarikat gergasi Disney mengeluarkan video ‘trailer’ bagi filem animasi yang bakal ditayangkan beberapa hari sahaja lagi iaitu ‘Lightyear’.

Kemudian, tular satu artikel daripada pihak mereka sendiri yang menyatakan bahawa terdapat adegan h0m0s*ksuaI dalam filem tersebut, bahkan berhasrat menjadikan 50% karakter dalam filem-filem keluaran syarikat mereka mempunyai kecenderungan s*ksuaI yang sama.

Allahu Akbar. Bayangkan betapa besarnya kesan dan akibat daripada tindakan ini kerana filem mereka banyak ditonton oleh golongan kanak-kanak. Sungguh, ini bukanlah perkara remeh yang harus dibisukan kerana ia secara terang bukan sahaja bertentangan agama malah fitrah manusia itu sendiri.

Firman Allah SWT:

أَتَأْتُونَ الذُّكْرَانَ مِنَ الْعَالَمِينَ (١٦٥) وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ (١٦٦)

Maksudnya: “Patutkah kamu melakukan hu’bungan sejenis dengan lelaki dalam kalangan manusia? (165) Dan kamu tinggalkan apa yang telah diciptakan oleh Tuhan untuk kamu (melakukan hu’bungan yang halal) daripada isteri-isteri kamu? Bahkan kamu adalah kaum yang meIampaui batas!” (166)

(Surah al-Syu’ara 26: 165-166)

Hampir kebanyakan negara tidak mempunyai perundangan yang tegas untuk menghalang kegiatan L G * T, termasuklah Amerika Syarikat, Belanda, Kanada, Jerman, Perancis, dll. Bahkan kita dapat lihat sendiri kegiatan mereka semakin berleluasa dalam negara ini.

Antara negara BUKAN ISLAM yang menyekat L G * T ialah Singapore (2 tahun p3njara), Sri Lanka (10 tahun penj4ra) dan Myanmar (20 tahun penj4ra). Terdapat lagi negara lain yang turut mempunyai perundangan bagi menyekat gejala LG*T.

FILEM INI DAH DIL4RANG OLEH 14 BUAH NEGARA, bermula dengan Timur Tengah seperti UAE, Arab Saudi, Lebanon, Kuwait, Mesir, kemudian diikuti pula oleh negara Asia seperti Indonesia, Malaysia dan China. Singapura pula tidak benarkan tayangan filem ini kepada remaja di bawah usia 16 tahun.

Syabas dan tahniah kepada pihak yang mengambil tindakan segera.

Tuan Puan,

Pengaruh golongan ini semakin banyak dimasukkan ke dalam fikiran anak-anak. Pelbagai kaedah dan platform mereka gunakan untuk sampaikan ‘mesej’ ini kepada generasi muda sama ada melalui media sosial, lagu, filem, penulisan, perniagaan, politik, dll.

Mereka berselindung di bawah slogan “hak asasi manusia”, nampak seperti merekalah wira tapi hakikatnya perjuangan itu sendiri bertentangan dengan agama. Walaupun filem ini boleh sampai melalui pelbagai saluran berbayar, maka sekarang, peranan kitalah sebagai ibu bapa wajib untuk melindungi anak-anak daripada terjebak dengan perkara ini.

Banyak kajian dari pengamal perub4tan dan kesihatan menyatakan bahawa kesan beramal dengan gaya hidup s0ngs4ng ini telah menyumbang peratusan tertinggi bagi penyebaran peny4kit HlV. Allahu Akbar.

Bermula dengan menonton filem yang ada adegan seperti Lightyear, dianggap kecil tetapi mula timbul rasa ingin tahu lebih mendalam, kemudian ke peringkat nak cuba-cuba dan akhirnya terjebak.

Iya, mungkin ramai yang mengeluh kerana watak dalam filem ini terasa sangat dekat sebab selalu menonton “Toy Story” sejak kecil. Namun jangan pula kerana rasa keterikatan dengan satu karakter fiksyen kita sanggup ketepikan prinsip.

Daripada Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda:

تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan ses4t selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).”

(HR Malik, hadis sahih)

Sebenarnya sekatan ini tidak terhad kepada filem tersebut sahaja, tetapi juga terhadap platform hiburan lain. Kita berharap mereka yang mempunyai kuasa sentiasa berwaspada dengan “jarum-jarum halus” fahaman yang bertntangan dengan agama agar tidak mempengaruhi masyarakat kita, khususnya generasi muda.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ

Maksudnya: “Siapa yang melihat kemungk4ran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemah iman.”

(HR Muslim, hadis sahih)

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan muslim yang sentiasa berpegang dengan Islam yang benar berpandukan al-Quran dan as-sunnah di fasa akhir zaman ini.

DOA SUPAYA DITETAPKAN HIDAYAH

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada keses4tan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.”

(Surah Ali-Imran: 8 )

Semoga bermanfaat buat semua.

Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan

#UAHSahabatDuniaAkhirat

Sumber : Ustazah Asma Harun

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post