Kapal Karam Lebih 300 Tahun Dahulu Ditemui Mengandungi Emas Bernilai RM74 Bilion

Dipercayai karam sejak lebih 300 tahun dahulu, dua lagi bangkai kapal telah berjaya ditemui di luar pantai Cartagena, Colombia. Penemuan itu merupakan sesuatu yang sangat menarik dan menakjubkan, lebih-lebih lagi apabila kapal itu dikatakan mempunyai emas yang bernilai AS$17 bilion (kira-kira RM74 bilion)!Kapal Karam Lebih 300 Tahun Dahulu Ditemui Mengandungi Emas Bernilai RM74 Bilion

Presiden Colombia, Ivan Duque Marquez berkongsikan berita tersebut kepada umum dalamsatu pengumuman yang dibuat dan berkongsikan perkembangan mengenai penemuan imej baharu dan bangkai kapal berkenaan.

Rakaman video terbaru mengenai serpihan bangkai kapal berkenaan juga telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Colombia.Kapal Karam Lebih 300 Tahun Dahulu Ditemui Mengandungi Emas Bernilai RM74 Bilion

Rakaman itu diambil dalam empat misi pemerhatian dilakukan tentera laut Colombia, menggunakan kenderaan kawalan jauh yang dihantar jauh ke dasar laut.

Imej biru dan hijau menunjukkan syiling emas, tembikar dan cawan porselin bertaburan di dasar laut.Kapal Karam Lebih 300 Tahun Dahulu Ditemui Mengandungi Emas Bernilai RM74 Bilion

Imej itu memberi gambaran tentang harta karun kapal itu yang dianggap bernilai berbilion dolar.

Kapal Karam Lebih 300 Tahun Dahulu Ditemui Mengandungi Emas Bernilai RM74 Bilion

Tambah Ivan Duque lagi, mereka berhasrat membangunkan mekanisme pembiayaan mampan untuk meneroka bangkai kapal tersebut.

Menurut Presiden Colombia, Ivan Duque Marquez lagi, mereka berhasrat untuk mencari kira-kira 12 lagi bangkai kapal bersejarah yang hilang dengan menggunakan teknologi dan cara yang sama.

Kredit: hmetro

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post