Jangan Pernah Mengalah Walaupun OKU! Pengasas Speedmart Lee Thiam Wah Kaut Untung Berbillion Atas Kerusi Roda!

SEJARAH penubuhan 99 Speedmart bermula sebagai kedai runcit tradisional yang dikenali sebagai Pasar Raya Hiap Hoe diasaskan Lee Thiam Wah terletak di Tepi Sungai, Klang pada 1987.

Thiam Wah merupakan lelaki berkerusi roda yang dilahirkan pada 1964, dia disahkan menghidap polio dan lumpuh pada bahagian kaki pada usia lapan bulan. Bapanya, pekerja binaan dan ibunya merupakan penjaja. Mereka tidak mampu membiayai pengajian Thiam Wah, dan hanya bersekolah selama enam tahun.

Bagi mengisi masanya, dia banyak membaca buku yang dipinjam daripada jiran dan menjual makanan ringan di gerai tepi jalan.

Cabaran hidupnya penuh dengan kesedihan, dia sedar perlu membantu diri sendiri dan tidak ada sesiapa akan mengambilnya bekerja kerana kecacatannya.

Atas nekad dan semangatnya, dia mahu memajukan diri untuk masa depannya. Dengan wang simpanan sebanyak RM17,000 ketika berumur 23 tahun, Thiam Wah yang juga merupakan Pengarah Urusan 99 Speedmart berjaya membuka sebuah kedai runcit yang merupakan penanda permulaan kerjaya dalam sektor kedai runcit, iaitu Pasar Raya Hiap Hoe.

Pasar Raya Hiap Hoe terus berkembang dan kedai pertama yang menggunakan nama pertama ’99’ dibuka pada 1992 di Klang Utama iaitu Pasar Mini 99, dalam usahanya membangunkan kedai runcit berangkai.

Dengan usaha berterusan, Thiam Wah berjaya memperluaskan Pasar Mini 99 kepada lapan cawangan di Klang sehingga

1998
Pada 2000, dengan peningkatan populariti kedai Pasar Mini 99, Thiam Wah menjenamakan semula kedai runcit itu kepada 99 Speedmart di Batu Belah, Klang dengan sasaran untuk menambah lebih banyak cawangan pada masa akan datang.

Sehingga kini, 99 Speedmart mempunyai cawangan ke-1,000 yang dibuka pada 2 Ogos 2017 di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor –

sumber ;Sinarharian

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post